Anda Ingin Menjual Emas
&
Membeli Emas Murah
Sila Klik Bawah
:--> EMAS <--:
JASIN: Kejadian ribut melanda bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin yang turut mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 18 yang lain, petang kelmarin, menyebabkan sebahagian besar daripada 80 peniaga di situ trauma dan bercadang berpindah ke tapak baru.
Berikutan itu, persatuan peniaga dan penjaja bazar berkenaan semalam mengesyorkan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang kemudian bersetuju menyediakan tapak baru di Bandar Baru 3 Jasin, yang dijangka mula beroperasi esok.
Yang Dipertua MPJ, Murad Husin, berkata meskipun tapak baru berhampiran Pejabat Perpaduan Jasin itu agak kecil dan hanya boleh menempatkan kira-kira 56 peniaga, pihaknya tidak menghalang jika ada peniaga mahu kembali ke tapak asal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.
"MPJ juga sudah menyerahkan ganti rugi RM500 kepada setiap peniaga yang menanggung kerugian akibat tragedi semalam (kelmarin).
Seramai 15 pengunjung yang cedera ringan juga masing-masing diberi bantuan RM500 yang disumbangkan kerajaan negeri," katanya, di sini semalam.
Sementara itu, tinjauan awal pagi semalam mendapati pekerja MPJ dan SWM Environment Sdn Bhd sibuk membersihkan kotoran serta sisa makanan yang bertaburan di tapak bazar berkenaan sehingga kira-kira jam 2 pagi.
Kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu menyebabkan peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau; peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, dari Jerteh, Terengganu dan kini menetap di Batu 15, Ayer Merbau serta seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, terbunuh, manakala 18 yang lain cedera.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut melawat keluargamangsa malam semalam sambil menyampaikan sumbangan RM3,000.
Sementara itu, penduduk, Rahayu Budiman, 50, berkata peminat cendol di Jasin kehilangan seorang peniaga yang begitu pemurah kerana Abdul Omar terkenal dengan sikapnya yang kerap memberikan cendol tambah percuma kepada pelanggan.
Isteri Allahyarham, Saleha Husin, 55, ketika ditemui, berkata beliau enggan meneruskan perniagaan cendol suaminya itu selepas sedih dengan tragedi yang tidak diduga itu.
No comments:
Post a Comment