SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Thursday, February 28, 2013

Gempar!!->Ribuan Pengikut MNLF Nafi Akan Sertai Sultan Sulu Tawan Sabah


Zamboanga City: Seorang pegawai kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.


Anggota kanan Jawatankuasa Pusat MNLF, Habib Mujahab Hashim, berkata anggota pertubuhan itu juga tidak diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. “Kami cuma menyokong cadangan penyelesaian secara aman daripada Sultan Jamalul Kiram melalui rundingan bagi menamatkan kebuntuan di Lahad Datu,” katanya kepada media.

Kenyataan Habib Mujahab itu dibuat bagi menafikan kenyataan terdahulu oleh Pengarah Politik MNLF mengenai keadaan di Sabah.

Dalam kenyataan itu, Gapul Hadjirul berkata, MNLF diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemelut di Lahad Datu belum menampakkan penyelesaian. Habib Mujahab berkata, pemimpin tertinggi MNLF juga tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya untuk bersiap sedia. “Selain menyokong cadangan penyelesaian melalui rundingan dibuat Jamalul Kiram, MNLF menafikan kenyataan sebelum ini,” katanya.

Menurut Habib Mujahib, mengarahkan anggota MNLF ke Sabah hanya akan merumitkan keadaan. Dia turut menafikan laporan mendakwa MNLF sengaja merangsang Jamalul Kiram supaya menimbulkan tuntutannya ke atas Sabah. Habib Mujahib berkata, MNLF tidak terbabit dengan bekas pegawai kerajaan untuk mensabotaj rundingan damai di antara Manila dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan menggunakan isu tuntutan Jamalul Kiram.

The Philippine Star sebelum ini melaporkan, pemimpin utama MNLF, Nur Misuari; bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco, sebagai individu yang mempengaruhi Jamalul Kiram

Malaysia jadi orang tengah


PUTRAJAYA – Malaysia berjaya merintis jalan kepada perjanjian konsensus antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Islam, Barisan Revolusi Nasional (BRN), untuk mengadakan dialog bagi proses damai di wilayah selatan negara jiran itu semalam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya berasa bangga apabila kedua-dua pihak bersetuju mempelawa Malaysia menjadi fasilitator untuk menggerakkan dialog itu.

“Malaysia akan melantik seorang pegawai kanan kerajaan yang sesuai untuk bertindak sebagai fasilitator.

“Kita berharap dan berdoa supaya siri dialog yang akan bermula dalam masa dua minggu di Kuala Lumpur akan membuahkan hasil yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Terdahulu, perjanjian berkenaan telah ditandatangani antara Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr dan wakil BRN, Hassan Taib di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Setiausaha akhbar menteri maut nahas di Rembau

REMBAU – Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.


Kejadian pukul 9 pagi itu menyebabkan Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika dirawat Hospital Melaka.

Sivam mempunyai seorang anak manakala Hazrin merupakan bapa kepada empat anak.

Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari ibu negara ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Tenaga Manusia dengan Universiti E Asia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi di Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Polis temui barang kemas kes samun


KUALA LUMPUR 1 Mac — Polis menemui semula sejumlah barang kemas yang disamun di sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru di sini Isnin lepas berikutan penahanan sembilan suspek rakyat tempatan di sekitar Gombak, di sini.

Tujuh lelaki dan dua wanita yang ditahan dalam dua serbuan itu berumur dalam lingkungan 20-an.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata serbuan pertama pada 19 Feb lepas di sebuah rumah di Kampung Laksamana, Batu Caves menyaksikan penangkapan tujuh suspek lelaki.

Dua suspek wanita itu pula ditahan dalam operasi susulan pada hari dan lokasi sama.

"Tiga daripada suspek itu dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian samun tersebut,” kata Thaiveegan kepada pemberita semalam.

Hasil serbuan yang dilakukan, polis menemui sejumlah barang kemas di rumah itu selain dua topi keledar, pakaian dengan tulisan Damansara Ulu-Klang Expressway (DUKE), sebuah motosikal jenis Kawasaki dan surat pajak gadai.

"Polis percaya suspek memajak beberapa barang kemas di kedai pajak gadai sebelum membeli motosikal,” katanya.

Dalam kejadian 18 Feb lepas, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM250,000 dari kedai itu.



Wednesday, February 13, 2013

Cerita Lawak : Peguam Dan Saksi


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. 

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan. 

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

Cerita Lawak : Mandikan Kucing


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

Tuesday, February 12, 2013

Cerita Lawak : Pak Pandir


Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih
kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di
sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat
mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak

RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar.
Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH"..
Buang masa aku je laaa....
Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.

Cerita Lawak : Suami & Isteri


Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan.
Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas
untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan
terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci
persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3
biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.

Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah
dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.
Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan
simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun
kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa
kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu?
"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!".

Cerita Lawak : Mamat & Orang tua


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan
dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni.
Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak
menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau
kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada
orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang
hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan

Monday, February 11, 2013

Cerita Lawak : Ajis


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

Cerita Lawak : Eksekutif


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

:Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Friday, February 8, 2013

Lawak habis = pompuan vs lelaki


Assalammualaikum..
                                                                                
   Betape kontranye persahabatan laki dengan pompuan ni. Kan. Sape pasan? Yup daku sangat2 pasan since dari sekolah lagi. Nak tau ape die contranye? Meh bace sini pastu korang komen ape pendapat korang ye.

~>LELAKI

tak berpuak
tak memilih bulu sangat
tak kisah
backup member

~>POMPUAN


cerewet
suke sangat berpuak
jenis tak reti bahase nak back up member
mostly banyak "mulut longkang"
gosip kuat
   
 Bukan nak kate apelah kan, kalau bab2 back up member ni pompuan liat sikit. Kan. Nak2 mase kat hostel dulu. Kalau kantoi henpon susah gilo nak back up member. Kantoi terus kat situ. Try tengok puak lelaki pulak. Dorang jenis senang back up member kan. See how differ they are from us.

      1 lagi bab berpuak. Kalau kat sekolah tu masing2 dengan clasmate masing2. Geng masing2. Even daku admit sampai sekarang pon daku camtu jugak. Memang susah nak tengok laki ni stick pade 1 geng tu je kan. Siyesly dorang masuk je dengan sape2 pon. Bes lah!

    Bagi daku laki ni lebih menghargai friendship dari pompuan kot. Ade jugak member sanggup tikam member kan. Kau rampas pakwe aku aku rampas pakwe kau balik. How stupid they are. Tu kawan eh namenye. 

   Im not telling u most of the girls & boys but certainly. So tak payah nak paranoid sangatlah nak protes bagai kan. Masing2 ade member masing2 ade otak. Gune elok2. Opss maaf lah terkasar pulak kan hee. Cume tu lah. Agak berbeza cara laki & pompuan berkawan.


" psss, kau tahu x minah tu x pakai spender"
" eh yeke? Ei x senonohnye..."

Tu lah pompuan kan..

" dari tadi aku usha minah tu, cun siot "
" ape lagi wink2 "

tu lah lelaki..

Cerita simple giler tetapi lawak habis


1. Percakapan 3 Wanita di dalam pesawat saat akan jatuh;
Awek Jepun"Kenapa kamu ni sibuk2 betulkan seluar dan baju?"
Awek Amerika"iya, kalo pesawat ini jatuh yg ditolong biasanya yg elok2 dulu"
Awek Amerika"kok kamu malah dandan?"
Awek Jepun"kan biasanya yg ditolong yg cantik2"
tiba2 awek Jamaica telanjang bulat,
org amerika&jepang" Erk! kenapa kamu malah telanjang?"
Awek Jamaica"dimana2 jg kalau pesawat jatuh BLACK BOX dulu yg dicari !"

2. Kalo binatang punya facebook, kira2 statusnya apa aja yaa?
Lembu : Aku diraba2 lagi oleh majikanku
Nyamuk : Ane positif HIV AIDS boooo
Ayam : Teman2...kalo besok gw tak update... bererti gw sudah di goreng.... i luv u all...
****: gw difitnah sebarkan flu. ****...

3. Guru " Amir..abis angka 8 berapa ?"
Amir " 9 cikgu..."
Guru " Pintarr..."
Guru " cuoba mamat..abis angka 9 berapa ?
Mamat " 10 cikgu..." Guru" Baguss..."
Guru " Coba kamu udin..abis angka 10 berapa??"
Udin " J cikgu..."
Guru " Dasar..!! Anak Tukang Judi..!!"

Hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz berakhir?


KUALA LUMPUR  - Pelakon, Sharnaaz Ahmad kini mahu melupakan seketika soal cinta kerana mahu memberi fokus terhadap kerjayanya sahaja.


“Buat masa sekarang, saya mahu bertenang dan anggap apa yang menimpa saya ketika ini sebagai dugaan. Apabila saya cakap jujur, orang lain tak nak percaya pula. Malah ada yang menilai saya walaupun tidak mengenali saya sebetulnya.

“Dalam soal cinta, mungkin rezeki saya bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang," jelas pelakon filem Juvana ini dalam nada sayu akibat demam apabila disoal mengenai status perhubungannya terkininya dengan penyanyi Shila Amzah.

Menurut Sharnaaz, perkembangan terbaharu itu memberikan banyak tekanan sehingga dia membuat keputusan mencari masa untuk bersendirian.

“Sekarang ini, mungkin saya berada di bawah, tetapi saya percaya, individu yang banyak mengata saya sekarang pasti akan merasa apa yang saya alami ketika ini suatu hari nanti," katanya.

Cinta Sharnaz dan Shila ditentang oleh ibu bapa penyanyi wanita itu ekoran sikap Sharnaaz yang dikatakan kurang berbudi bahasa.

Ini membawa kepada kejadian ‘perang mulut’ bersama bapa Shila, ND Lala di dada media. - UTUSAN



Wednesday, February 6, 2013

Cerita Lawak Jenaka - Kisah Budin Dan Seekor Kucing


Budin seorang yang amat benci kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh
kucing padanya tiada siapa yang tahu.walau begitu, jodoh pertemuan
sememamg ketentuan ilahi,budin bertemu jodoh dengan gayah yang sememangnya 
amat suka dan cinta pada kucing.bukan itu sahaja,sebelum berkahwin dengan budin,
gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

baca lagi cerita disini:- http://goo.gl/jDqpH

Cerita Lawak : Akob Dan Isterinya..


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

Awak ingat saya ni penjual roti, ke apa!!?? 

Cerita Lawak : Taulah Akibatnya


"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... 
tolong jangan suntik, saya takut!".

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".

Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya... "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday, February 4, 2013

Cerita Lawak : di kedai mamak...


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Cerita Lawak Di Kedai Emas


Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling untuk melihat sesiapa ada berdekatana dengannya dan perasan ada promoter kat belakangnya..


Promoter : Boleh saya bantu?

Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la yang dia kentut jadi dia pon bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa yang berlaku..

Perempuan : Berapa harga cincin ini?

Promoter: Kalau tengok cincin ni pun boleh buat puan terkentut, saya pasti puan akan terberak bila tahu harganya..

p/s: hahaha...aku gelak berdekah-dekah bila dah abis baca.. 

Cerita Lawak Yang Betul Betul Lawak


Menurut kata ahli psikologi ,lawak adalah salah satu rawatan yang mampu mengembalikan keriangan kepada minda dan perasaan . Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan dan membantu memulihkan bagi individu yang bermasalah dan kecederaan .
Salah Tafsir


Unit bantuan kecemasan telah menerima satu panggilan panik dari pemancing ikan. Pemancing yang ketakutan itu mengatakan dia berada didalam hutan ,dijumpainya seorang lelaki yang cedera kelihatan seperti mayat.  Didalam keadaan panik,dia menanyakan petugas apa yang perlu dilakukan. Petugas memintanya supaya memastikan lelaki yang dijumpainya benar-benar mati. Kemudiannya,”dia mendengar bunyi tembakan” ,lalu pemancing itu menghubungi petugas ,sekarang apa saya perlu buat.
Anak Pertama
Petugas kecemasan menerima satu panggilan dari ayob yang panik “isterinya nak bersalin”.
Petugas :Hello,boleh saya tahu apa yang sedang berlaku
Ayob :Isteri saya mengandung,kontraksinya hanya dua minit lagi Petugas :Ne anak yang pertama ke
Ayob :Tak ,ne suami dye la bengon?
Bom
Tiga orang lelaki didalam kapal terbang,lelaki pertama ada senapang,”lelaki kedua ada pedang” dan lelaki ketiga ada bom. Ketiga-tiga meraka membaling semua senjata keluar dan lompat dari kapal terbang untuk lihat apa yang berlaku.
Lelaki pertama melihat seorang”budak menangis”dan bertanya”kenapa hang menangis ‘,budak berkata,mak saya mati terkena senapang jatuh dari langit.
Lelaki kedua melihat seorang “budak menangis” dan bertanya “kenapa hang menangis,budak berkata ,ayah saya mati terkena pedang jatuh dari langit.
Lelaki ketiga melihat seorang budak  ketawa dan bertanya “kenapa hang ketawa”,budak berkata,saya kentut dan rumah saya meletup.
Mayat
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Sunday, February 3, 2013

Cerita Lawak : Lawak Ulat


Ada Seorang Budak Sekolah Darjah 5 ,
Memberi Teka - Teki Kepada Cikgu Bahasa Melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?  

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu...  

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni  

Cikgu : ha, ape dia?  

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?  

Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?  

Pelajar : salah   

Cikgu : 99  

pelajar : salah!  

Cikgu : emm...da tu berapa kaki  

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu...  

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?  

Pelajar : jawapannya, tak sampai sekaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...hehehe 

Cerita Lawak : Pintu Garage Lupa Tutup!


Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an
dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar
di KL...

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la
dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap..
Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing
meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...
si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu garage
boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si
Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...
pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam
mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah                   
relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia
terbuka...
(dah memang perangai dia tak suka pakai
underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss

ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri
dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua
Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!. ..

Cerita Lawak : "Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk
yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak
sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya."

Cerita Lawak : Skirt ketat


Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.


Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang
punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip
seluar aku tiga kali apasal?"

Lawak Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.



Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. 
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual 
dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Saturday, February 2, 2013

Cerita Lawak Temuduga


Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. 
Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang 
tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna 
belang putih dan emas, dalam hati dia mula 
membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".


Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. 
Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat 
ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan 
yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! 
Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, 
WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... 
"I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go 
and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE 
did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy 
disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...