SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Sunday, July 29, 2012

KAMI BELI EMAS 999.9,916 DAN LAIN2 JENIS EMAS

KUALA LUMPUR : kg.baru,cheras,taman melawati,pandan jaya,pandan indah,pudu,ampang,keramat,wangsa maju,setapak,gombak,seri gombak,batu caves,rawang,selayang,kepong,jalan kuching,s.besi,damansara,dan bangsar

KLIK DISINI UNTUK LIHAT LOKASI KAMI

SELANGOR : dengkel,banting,klang,shah alam,kajang,bangi,semenyih,petaling jaya,sunway,puchong,kelana jaya,subang,bandar baru subang,sungai buluh,sri kembangan,pekan batu 11,balakong dan saujana impian kajang

NEGERI SEMBILAN : seremban,mantin,beranang,port dikson,rembau,labu dan nilai

Cara-cara menjual surat pajak(meningbang & menilai emas percuma)
 1:modal tebus disediakan
 2:emas di timbang & di nilai
 3:baki di bayar secara tunai
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
SAYA EN:AZAM 016-275 2000

Friday, July 27, 2012

Berita Terkini dari Burma

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
gambar yang diambil ketika umat islam didera

3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!

Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.

Sunday, July 15, 2012

JENIS EMAS DAN KUALITI EMAS(APA ITU EMAS?)


Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.


Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, 


EMAS 999.9
Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).


Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik

Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi


EMAS 999
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.


24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.


EMAS 916
Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)


Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas  tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan 
mudah dijual beli di pasaran tempatan.


Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K  sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.


Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

Friday, July 13, 2012

Samun Sebab Emas Fizikal


Kisah ini walaupun mangsanya tidak ada pertalian persaudaraan dengan saya tetap satu perkara yang sadis. Dari  tajuk diatas pun dah tahu kes apa yg saya nak cerita, seorang Cikgu Perempuan ditempat sepupu saya bekerja kena samun. Well this is the story behind entry Emas Kene Curi Tak Teruk Sangat




Cikgu ditempat sepupu saya berkerja ni selalu tinggal bersama anaknya kerana suaminya selalu outstation. Apa yg ketara tentang cikgu ini ialah dia menerima gelaran mami jarum. Bila mami jarum korang faham faham sahajalah istilah itu merujuk kepada perempuan yg pakai barang kemas yg banyak.


Satu hari yang malang, penyamun yg mungkin dah lama memerhati gerak geri cikgu ni telah menyamun rumahnya sewaktu ketiadaan suami. (kalau tak silap sewaktu pulang dari kerja ketika baru masuk pagar rumah) Mmg situasi yang sangat sadis apabila di acu pisau didepan mata dan dengan penuh rasa takut, menanggalkan barang kemas dari badan untuk diberikan kepada penyamun sebagai pertukaran dengan risiko nyawa diri sendiri dan anak melayang.


Rasanya pemakaian emas yg ketara oleh seorang individu wanita itu adalah faktor utama seseorang itu dianggap berbaloi untuk disamun oleh penyamun. Faktor selalu tinggal seorang diri bersama anak jugak releven.


Apapun, berhati hatilah, takkan semua duit yg kita dapat kita nak abadikan sebagai emas perhiasaan? dan kalau ada banyak pun tak perlulah melaram pakai semua emas yg kita ada setiap hari. untuk mencegah lebih baik dari mengubati. cuba stay low profile, less trouble
suka cerita ini klik like & share

Tuesday, July 10, 2012

Mengaku Iman Mahadi Mengamuk Maut Di Tembak Polis Putra Jaya


PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’ mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin.


Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.


Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.


Mengaku Iman Mahadi Mengamuk Maut Di Tembak Polis Putra Jaya


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.


Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.


Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.


Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.


Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.


Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.
Mengaku Iman Mahadi Mengamuk Maut Di Tembak Polis Putra Jaya
Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.


Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.


Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.


Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan.

Thursday, July 5, 2012

Pelabur Skim Emas Kena Tipu Rugi RM25 Juta…

    


EMAS KAJANG TRADING




































GEORGE TOWN -Keghairahan 60 pelabur untuk memdapatkan keuntungan segera dengan menyertai satu skim pelaburan emas yang dijalankan oleh sebuah syarikat lebur apabila kesemuanya mereka diperdaya dan mengalami kerugian kira-kira RM25 juta.

Modus operandi syrikat itu menjual jongkong emas seberat satu kilogram dengan harga di antara RM135,000 dan RM150,000.

Ketua jabatan siasatan jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, syarikat itu turut menawarkan dividen tiga peratus sebulan kepada pembeli sebelum di tawar menjualnya semula pada bulan ketiga. 

Bagaimanapun katanya,apabila pembeli bersetuju menjual dan telah menyerahkan jongkong emas mereka, Wakil syarikat terbabit lesap bersama jongkong tersebut tanpa membuat bayaran. 

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) dan BANK NEGARA. “Setakat ini, 30 laporan diterima dan kita telah menahan tiga lelaki dan sedang mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan,”ujarnya kepada pemberita semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...