SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Saturday, August 31, 2013

Alamak Nasib Tak Baik..!!

Kereta Boleh Terbang

Kereta 'Terbang' Dari Tingkat Empat, Wanita Thailand Maut

Lelaki Maut Terjun Hotel Elak Di Cekup

Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.



Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya

GADUH depan CS jb Skudai

Polis Batu Pahat tangkap orang Mengamuk Pedang

Polis Lawan Negro Live..!!

Jurulatih Kena Sepak Di Kepala

Video Polis Israel Terajang Kanak Kanak Palestin

Papa Jahat - Bapa Terajang Anak Kecil Di Khalayak Ramai

CIKGU KENA TERAJANG DENGAN BUDAK PEREMPUAN..!!

Polis Dedah Logo Gengster

KUALA LUMPUR - Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 49 nama geng kongsi gelap, polis mengambil langkah yang sama apabila mengedarkan logo yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

Dengan pendedahan itu, tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana individu untuk menggunakannya kerana tindakan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 menanti mereka yang ingkar.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki logo-logo tersebut sama ada sedar atau tidak mesti membuang, memadam atau menanggalkannya.
Antara logo-logo yang dimaksudkan termasuklah daripada kumpulan geng Melayu iaitu Double 7 yang menggunakan simbol bunga padi dan labah-labah serta Geng 38 dan Geng 21 yang dipelopori kaum Cina dan menggunakan simbol bendera sebagai logo.
Sumber : Kosmo!

Friday, August 30, 2013

Kemalangan Motosikal - Kompilasi

Gores Tangan Sampai Hancur

Geng 04, 08 paling ganas

PUTRAJAYA - Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendedahkan 49 nama kongsi gelap dengan kaum India mendahului senarai sebagai ahli yang paling ramai menyertai pertubuhan haram tersebut diikuti Cina dan Melayu.


Dengan jumlah keseluruhan seramai 40,313 orang, samseng-samseng yang telah dikenal pasti menyertai kumpulan tersebut terlibat dalam jenayah berat seperti pengedaran dadah, tarik kereta, menjaga tempat letak kereta, memungut wang perlindungan, pengawal kelab malam, bunuh, mendatangkan cedera dan penggunaan senjata api.

Daripada jumlah itu, KDN memberitahu, seramai 28,926 samseng merupakan kaum India, 8,214 kaum Cina manakala bakinya pula terdiri daripada gengster Melayu.

Kesemua mereka menyertai kumpulan kongsi gelap di Semenanjung bergelar Geng 04, Geng 08, Geng 36, Geng 007, Tiga Line, Geng 30, Geng 21, Geng 24, Geng 18, Geng 35, Geng 303 dan Geng Satu Hati.

Selain itu, mereka juga menyertai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor. 

TIADA LESEN, CUKAI JALAN & INSURAN LARI & LANGGAR KERETA, SUPERBIKE & KEDAI..

Monday, August 26, 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Penari K-POP Jatuh Tersembam

Kepala Sangkut Celah Pagar

Artis Melecur Disambar Api Gas


KUALA LUMPUR - Penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin melecur di muka, lengan dan kaki akibat disambar api daripada tong gas yang bocor ketika memasak di rumah anaknya di Kepong pada Sabtu lalu.


Menurut Noorshila, 49, kejadian berlaku pada pukul 2 petang dan ketika itu dia memasak di rumah anak sulungnya, Nurul Admiena Norrizan sempena majlis rumah terbuka yang diadakan oleh anaknya itu.

"Ketika memasak tiba-tiba api menyambar sebelah kiri badan saya menyebabkan muka, lengan dan kaki saya di bahagian itu melecur," kata Noorshila yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Selayang.


Noorshila yang popular menerusi lagu Rambu Ramba dan Kad Ucapanmu memberitahu, nasib baik dalam kejadian tersebut tong gas itu tidak meletup manakala rumah anaknya juga tidak terjejas.

Sumber : Kosmo!

Penunggang Motor Melayang Langgar Treler

Sepuluh Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar

Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati diatas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugiaan dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan ujian tersebut . Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.

Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman:  'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)

Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Bukhari).

Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain. Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmat-Nya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.

Belajar Naik Motor

Penemuan Makhluk Aneh Di kenyir

Sunday, August 25, 2013

Perempuan Berzina Dihukum Tembak Sampai Mati

Perompak Lumpuh Ditembak

Johan Cakap Cina

Datuk Maut Nahas, Motosikal Berkuasa Tinggi Terbabas

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang ahli perniagaan berkonvoi bersama tiga orang rakannya ke Hutan Lipur Lentang, Pahang tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 35.1, Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Datuk Majura Muda, 47, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Concours 14 dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh penghadang besi lebuh raya.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang merupakan perunding dan peneraju sebuah syarikat kejuruteraan tercampak daripada motosikal.

Sumber : Kosmo!

Friday, August 23, 2013

Johor - Aksi Peragut Yang Kejam

Peragut Kantoi Langgar Pintu Kaca

kejadian bom meletup di tengah laut..

Laki Sedut Ganja Bini Tolong Cucuh Kan..


Wow..!! layan2... hehe :)

CCTV - Kemalangan di Stesen Minyak..

Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang

Kanak-kanak Cedera Diserang Beruk..

NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak cedera di bahagian perut dan tangan akibat digigit seekor beruk jantan yang menyerangnya kelmarin.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Mohamad Hairul Hafizi Mohamad Dahalan, 10, dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Relau ke rumahnya di Kampung Tengah Relau Atas B di sini.

Menurut ibu mangsa, Zuraidah Ghazali, 34, anak kedua dari tiga beradik itu sedang menaiki basikal namun telah diterkam oleh haiwan yang dikatakan bersaiz sebesar tubuh anaknya itu.

“Anak saya terjatuh dari basikal lalu digigit oleh beruk itu. Mujurlah ketika itu ada penduduk kampung melalui kawasan berkenaan dan menghalau haiwan itu serta membantu anak saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Zuraidah, anaknya yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan perut dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan kecemasan.

Dakwanya, haiwan berkenaan yang dipercayai dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu terlepas daripada ikatan sebelum megigit anaknya.

Menurut Zuraidah, dia kesal dengan kelalaian pemilik haiwan tersebut dan telah membuat laporan di Balai Polis Serdang, Kedah.

Katanya, kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menangkap beruk tersebut ekoran bertindak ganas dan menyerang anaknya.

Lembu Gaduh Langar Lembu...Orang Kalah..


Lembu Gaduh Langar Lembu...Orang Kalah..

Ular makan babi


Ular makan babi

DI KEJAR BINATANG BUAS!!!!


DI KEJAR BINATANG BUAS!!!!

Awek mengamuk dgn boyfriend..


Awek mengamuk dgn boyfriend..

Orang Gila Mengamuk di Tengah Jalan Raya - LUCU


Orang Gila Mengamuk di Tengah Jalan Raya - LUCU

Kelisa Kena Bakar Gaduh Besar

Makan Sotong Hidup-Hidup Biasa Saja Bagi Orang Korea


Makan Sotong Hidup-Hidup Biasa Saja Bagi Orang Korea

Video Selamba - Macam Sedap Gadis Jepun Makan Katak Hidup-hidup.

Aksi Terjun Bebas Tanpa Payung Terjun.!


Aksi Terjun Bebas Tanpa Payung Terjun.!

Kemalangan Kerana Tengok Perempuan Cantek.!

Video Mengerunkan ... Pengidap Lemah Jantung Dilarang Lihat !!!


Video Mengerunkan ... Pengidap Lemah Jantung Dilarang Lihat !!!

Ahli kumpulan Kristal ditangkap POLIS

Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.


“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.

Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.

“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.

“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.

“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.

Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.

” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.

“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin.

TASKA GILA

GRO ‘sardin’ berpeluh menyorok dalam bilik rahsia

MELAKA – Cubaan 15 pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga asing bersembunyi di dalam bilik rahsia bagi mengelak daripada diberkas pihak berkuasa gagal apabila tembelang mereka berjaya dihidu sepasukan anggota imigresen yang menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini kelmarin.


Kesemua GRO berusia 17 hingga 20-an itu diberkas pada pukul 9.45 malam bersama dua lelaki tempatan yang turut bersembunyi di dalam bilik berukuran 1.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar selama 30 minit.

Kesemua 12 GRO warga Vietnam dan tiga warga China bersama-sama dua lelaki warga tempatan itu didapati berhimpit-himpit seperti sardin di bilik berkenaan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, semasa serbuan, pintu masuk ke premis berkenaan ditutup setelah pekerja di pusat hiburan itu menghidu kehadiran pihak berkuasa.

Thursday, August 22, 2013

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk,,?

:: Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::


1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

✔ Yang dah baca harap dapat share di wall masing2.. setidak-tidaknya ada rakan2 anda yang baca wall anda ini.. dapat jugak sahamnya. InsyaAllah..

Kisah Tragedi Nyata Kapal Nelayan Juwana Pati Tenggelam


Kisah Tragedi nyata Kapal nelayan juwana pati tenggelam

Suami Bunuh Isteri Curang..!

KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.


Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.

Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.

Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.

Sumber : Kosmo!

Wednesday, August 21, 2013

Bas Dari Genting Highlands Jatuh Gaung 21/08/2013

KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.


Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. 
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan. 

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.


Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.

5 Penjenayah Maut Ditembak


5 Penjenayah Maut Ditembak 

Tuesday, August 20, 2013

Kemalangan Paling Lawak

Lelaki Apa La Macam Nie..Belasah Pompuan Sampai Mcmtu Sekali..


Lelaki Apa La Macam Nie..Belasah Pompuan Sampai Mcmtu Sekali..

HEBOH 2013-Budak 5 Tahun Kena Langgar Kereta

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan


Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkan keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan


Pilihan 1: Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Pilihan 2: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula Melaka. Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Pilihan 3:Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Pilihan 4: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 5: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar, tetapi jangan sampai hangus. Makan bawang tersebut sampai habis.

Pilihan 6: Ambil 7 cawan air dan 5 keping kulit rambutan dan rebus. Biarkan hingga air menjadi secawan. Minum setelah air suam. 

Jais Serbu Kubu Syiah


Jais Serbu Kubu Syiah

Monday, August 19, 2013

Datuk Yusof Haslam Dikejarkan Ke Hospital

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dikejarkan ke hospital di sini pagi semalam setelah diserang penyakit batu karang.

Yusof yang dihubungi Kosmo! memberitahu, dia dibawa ke Hospital Pakar KPJ Tawakal, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi dan dibedah dengan menggunakan kaedah laser pada petang hari yang sama.

"Keadaan saya stabil, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Doktor beritahu saya hanya perlu pembedahan kecil menggunakan laser," katanya.

Sumber : Kosmo!

Terima Kasih JAIS - Hati² Bila Perempuan Syiah Meroyan..

Awek Gaduh (girl fight)

Kemalangan Tidak Diduga..

Kemalangan Bas Depan Mata Live..!!

Mawi Aduhai Saliha

Peragut Dibelasah Sampai Lembik Oleh Orang Ramai Di Kemaman


Peragut Dibelasah Sampai Lembik Oleh Orang Ramai Di Kemaman

Awek Kecelakaan Maut di Jalan Raya - Drag Race




Awek Kecelakaan Maut di Jalan Raya - Drag Race

Jangan tiru aksi ini..pakcik memang aksi paling berani.

Friday, August 16, 2013

Ustaz Azhar Idrus Dan Isteri Kemalangan

Ustaz Azhar Idrus dan Isteri Kemalangan..


Kami mendapat maklumat daripada Blog Ohartis.com mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri. UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).



Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pegadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga. Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan. Bagaimanapun steri Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlalu kepada sesiapa sahaja. Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa.

Kami Beli Emas 0162752000 | Petua Kesihatan Wanita

Petua Kesihatan Wanita


(Mohon maaf jika petua ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat. Terima Kasih.)

1. Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.

2. Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.

3. Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.

4. Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.

5. Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia juga menyebabkan cepat putus haid.

6. Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit.

Nak Jual Emas ? Call 0162752000 Kami Beli Emas Lama Baru Patah Rosak..

Pencak Silat VS Karate

Suami Tak Mengaku Salah Belasah Isteri Dalam Lif Hospital

BUKIT MERTAJAM – Kejadian seorang wanita yang dibelasah cukup-cukup di depan dua anaknya ketika berada di dalam lif sebuah hospital swasta Isnin lalu menyaksikan seorang lelaki yang merupakan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.


Bagaimanapun, Mohamad Affandi Ismail (gambar kecil), 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff.

Pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.

Mohamad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ditembak Akibat Dendam

KLANG - Keseronokan empat sahabat minum di sebuah restoran berakhir dengan tragedi apabila salah seorangnya mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan Public Bank Jalan Kapar, Kapar di sini semalam.


Kejadian pukul 2.15 pagi itu mengakibatkan pemandu lori, S. Sambhath, 27, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini selepas terkena dua das tembakan yang menembusi pipi dan dadanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila empat sahabat itu didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna merah ketika sedang rancak berbual dan minum.

Katanya, kerana curiga, mangsa dan tiga rakannya telah berpindah meja di depan bank tersebut sebelum dihampiri pula oleh dua buah kereta jenis Toyota Altis dan Proton Wira.

"Pada masa sama, dua lelaki lain yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh telah berhenti di depan bank sebelum pemboncengnya turun lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya.

Penyokong Ikhwanul Muslimin serang balas

KAHERAH - Keganasan baharu tercetus di Mesir kelmarin apabila penyokong Ikhwanul Muslimin melancarkan serangan balas, sehari selepas tindakan ganas pihak tentera mengosongkan lokasi perhimpunan di dataran masjid Rabaa Al-Adawiya dan beberapa lokasi lain yang meragut sekurang-kurangnya 525 nyawa dan mengundang kritikan antarabangsa.


Mereka yang begitu marah dilaporkan menyerang pondok kawalan di Sinai dan bandar Assiut, menyebabkan dua anggota polis maut.

Penunjuk perasaan turut membakar sebuah pejabat kerajaan di Giza. Di Iskandariah, beratus-ratus penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi menutup jalan sambil berarak.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menegaskan, kemarahan kumpulan yang mempunyai jutaan ahli itu sudah di luar kawalan.

"Selepas serangan, tangkapan dan pembunuhan yang kami hadapi, emosi sudah tidak dapat dikawal lagi," katanya.

Ikhwanul Muslimin menggesa pengikutnya supaya berarak bermula dari masjid Al-Iman di Kaherah. Majlis pengebumian mangsa yang terbunuh juga dilihat mampu mencetuskan keganasan baharu untuk beberapa hari akan datang.

Dalam kejadian kelmarin, para penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis dan tentera yang menggunakan jentolak, gas pemedih mata serta peluru hidup untuk mengosongkan lokasi perhimpunan penunjuk perasaan di sini.

Pertempuran kemudian pantas merebak ke Iskandariah dan bandar-bandar lain di seluruh Mesir.

El-Haddad berikrar bahawa demonstrasi akan diteruskan.

"Kami akan meneruskan perjuangan sehingga rampasan kuasa tentera ini dapat ditumbangkan," katanya lagi.

Protes bermula apabila para penunjuk perasaan menuntut kuasa Morsi dikembalikan selepas beliau digulingkan pada 3 Julai lalu. - Agensi

Gempar! Rakaman Video Lelaki Disambar Petir Dua Kali

Thursday, August 15, 2013

Petua Untuk Menyelesaikan Masalah Rumahtangga


Petua Untuk Menyelesaikan Masalah Rumahtangga

1. Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

2. Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

3. Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua. Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara lain.

4. Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

5. Katakan pada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk. Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.

6. Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

7. Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

8. Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Remaja Perempuan Di Sembelih Depan Kuil Di Kajang

Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.


Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang bertindak menghubungi polis.

“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.

“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya.

Gempar..!! Video Ini Memparkan Awan Jatuh Kebumi.. Jom tengok..!!

Wednesday, August 14, 2013

Mangsa Belasahan Suami Beri Penjelasan

Yazid Search Dimasukkan Ke Hospital

Hari Raya tahun ini tentunya disambut suram oleh pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, yang terpaksa dimasukkan ke hospital selepas menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi pada hari raya ketiga.



"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," ujar Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah yang melakukan lawatan di hospital, semalam. 

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan.

"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.

Ahmad turut menambah pihaknya akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.

Sumber : Media Hiburan.

Suami Dayus Pukul Isteri Dalam Lif Depan Anak

Tuesday, August 13, 2013

Kopak peti besi kebas RM1.5 juta

Kajang: Seorang ahli perniagaan kerugian dianggarkan RM1.5 juta selepas kediamannya di Sungai Long, di sini, dipecah masuk ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari raya.


Mangsa, Abdul Salam Ahmad, 49, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik pulang ke rumah Ahad lalu jam 9.30 malam dan terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah berselerak. 
Menurutnya, sebaik masuk dalam bilik utama, dia terkejut apabila mendapati peti besi keselamatan dikopak dan barangan kemas serta wang lesap. 

“Penjenayah terbabit dipercayai masuk rumah melalui laluan belakang sebelum memecahkan pintu .

“Sebelum kejadian itu, kami pulang ke kampung di Sungai Petani, Kedah pada 5 Ogos lalu dan pulang semula ke sini pada Ahad lalu sebelum menyedari rumah dipecah masuk,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Monday, August 12, 2013

Lawak Pak Arab Gila Bab*

Lawak Pecah Perut Pocong Terkencing

GAMESHOW YANG KEJAM

budak sekolah miang

Jihad Di Pattani

GEMPAR!! Bertarung di Saat2 Kematian.

Intip Tauke Sebelum Merompak

PADANG BESAR - Dua perompak bertopeng dan bersenjatakan sepucuk pistol mengintip pergerakan seorang tauke pasar mini sebelum melarikan wang RM160,000 milik mangsa dalam kejadian di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kaki Bukit di sini kelmarin.


Kejadian pukul 7.50 malam itu berlaku apabila perompak tersebut menahan mangsa yang sedang memandu van hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md. Dros berkata, suspek kemudian mengarahkan mangsa yang berusia 61 tahun menyerahkan sebuah beg berisi wang sebelum berlaku adegan tarik-menarik.

Katanya, mangsa akhirnya mengalah selepas suspek mengacukan pistol ke arahnya.

"Suspek kemudian melarikan diri bersama beg mengandungi wang itu dengan sebuah kenderaan yang menunggu di situ.

"Siasatan awal mendapati wang tersebut merupakan hasil perniagaan mangsa.

"Dia membawa pulang wang itu ke rumah kerana bank tidak beroperasi ketika musim cuti perayaan ini," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...