"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," ujar Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah yang melakukan lawatan di hospital, semalam.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan.
"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.
Ahmad turut menambah pihaknya akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.
Sumber : Media Hiburan.

No comments:
Post a Comment