SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Saturday, September 7, 2013

Petua Untuk Payudara Tegang dan Injal

Petua Untuk Payudara Tegang dan Injal 


Pilihan 1: Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. 


Pilihan 2: Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian,sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 25 minit. Amalkannya 3 kali seminggu.


Pilihan 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.


Pilihan 4: Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.


Pilihan 5: Sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Payu dara anda akan kembali tegang.


Pilihan 6: Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. Urutan dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.


Pilihan 7: Anda juga boleh lakukan senaman untuk payudara. Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.


Thursday, September 5, 2013

Petua Untuk Hidup Tenang Selalu

Petua Untuk Hidup Tenang Selalu


1. Cinta - Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. Hormat - Memberi dan menerima, menjadi suatu perkara yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan.

3. Bersyukur - Tidak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah s.w.t. telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. Bahagia - Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. 

5. Memaafkan - Ramai orang stress kerana tidak sanggup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat dia tertekan. Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. Kejujuran - Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

7. Ketulusan - Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

8. Kepekaan - Suatu keajaiban yang diberikan Allah s.w.t. pada kita adalah hati. Dengan hati, kita berasa sedih dan senang, mampu memilih kebenaran.

Petua Penjagaan Rambut Panjang


1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut bagi meleraikan rambut kusut dan berpintal. Jika anda amalkan begini, ia akan memberi kesan positif pada rambut anda dan mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu - Ada juga wanita yang khuatir menyikat rambut selalu kerana percaya ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, ia akan bertambah sihat. Jika anda berambut panjang, anda disarankan menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaik-baiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan rambut anda gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal sedikit, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu Yang Terbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut anda dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik Hanya Khabar Angin

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok adalah hanya khabar angin.


Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang hitam putih daripada Kementerian Kewangan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.

“Jika namanya sudah khabar angin, sudah tentu ia tidak benar, kalau betul-betul harga minyak naik sudah tentu ada hitam putih dari kerajaan,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau mengulas mengenai khabar angin melalui laman sosial WhatsApp dan blog bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok. - KOSMO!

Saturday, August 31, 2013

Alamak Nasib Tak Baik..!!

Kereta Boleh Terbang

Kereta 'Terbang' Dari Tingkat Empat, Wanita Thailand Maut

Lelaki Maut Terjun Hotel Elak Di Cekup

Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.



Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya

GADUH depan CS jb Skudai

Polis Batu Pahat tangkap orang Mengamuk Pedang

Polis Lawan Negro Live..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...