SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....
Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” JEWEL4CASH bagi tahun 2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..

KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU
999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...
SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-
KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar
SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong
NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai
Follow - Azam Sahar
Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook..
Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)
Friday, June 17, 2011
Jozan ‘mengganas’
JOZAN terus mengungguli gelanggang Maharaja Lawak pada saingan minggu ke-11 dengan meraih sorakan dan ketawa penonton paling gemuruh.
Berlangsung di Dewan Jubli Perak di Kuantan, Pahang, gandingan mantap Johan dan Zizan menggamatkan suasana dengan ketawa penonton yang tidak kering gusi melihat aksi-aksi mereka.
Berkonsepkan prop, persembahan Jozan malam itu nyata menghidupkan karakter yang dibawa sekali gus mendapat pujian daripada juri Ahmad Idham, Saiful Apek dan Mamat Khalid.
Ahmad Idham menyifatkan persembahan yang dilakukan Jozan adalah terbaik dan gandingan itu mungkin melayakkan diri mereka ke pusingan akhir sekiranya mengekalkan momentum sedia ada.
Sementara itu, untuk persembahan kedua, mereka terus menggamatkan suasana penonton dengan aksi lawak bersahaja menggunakan dua barang yang diberikan iaitu mesin penyedut hampagas dan sekaki tongkat.
Untuk persembahan itu pula, Mamat Khalid melalui komennya berkata, Jozan dapat menggunakan barang-barang tersebut dengan ekspresi penuh komedi untuk menghiburkan penonton.
“Idea yang Jozan tampilkan sangat kreatif dan penonton benar-benar terhibur dan berpuas hati dengan persembahan Jozan,” katanya lagi.
Pujian melambung yang diterima Jozan pada minggu ke-11 itu memberi kelebihan kepada Johan dan Zizan menguasai gelanggang Maharaja Lawak apabila mereka memperolehi markah tertinggi dengan 62 peratus undian.
Markah diterima Jozan pada minggu lalu juga lebih tinggi berbanding saingan di Pulau Pinang pada minggu sebelumnya iaitu 55 peratus.
Kedudukan selepas persembahan di Kuantan pula diikuti Sepah (55 peratus), Nabil (54 peratus), Jambu (51 peratus) dan seperti biasa R2 yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tercorot melalui 33 peratus undian sahaja.
Persembahan Jambu dan R2 pada minggu lalu juga sedikit mengecewakan di kalangan sebilangan penonton yang tidak begitu berasa geli hati dengan aksi-aksi mereka.
Namun, Jambu bernasib baik apabila aksi Yus dalam persembahan pertama berjaya mencuit hati para penonton dan bagaimanapun aksi gandingan itu bertukar hambar dalam persembahan kedua.
“Persembahan Jambu agak biasa dan perlu lebih kreatif serta lebih mencabar. Persembahan kedua pula agak hambar dan kurang menghiburkan, namun bernasib baik kerana penonton tetap bersorak,” kata Mamat Khalid dalam komennya.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, setiap minggu pihaknya akan memberi kejutan yang dirancang buat penonton sebelum pertandingan akhir pada 24 Jun ini.
“Minggu ini pun tiada penyingkiran dilakukan, oleh itu para peserta masih mempunyai peluang untuk membaiki serta memantapkan lagi persembahan masing-masing.
“Inilah format Maharaja Lawak yang selalu memberikan kejutan buat penonton dan termasuk para pesertanya bagi memastikan ia sentiasa menarik dan terhibur,” ujarnya.
Penunggang kuda cederakan kanak-kanak didakwa
GEORGE TOWN – Seorang penunggang kuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menunggang kuda secara cuai sehingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun pada 7 Jun lepas.
Mohd Khairi Mohd Nor, 28, dituduh menunggang kuda hingga mencederakan Arina Kirana Azrin pada kira-kira 10.40 pagi di pantai belakang Hotel Park Royal Batu Feringghi di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menunggang kuda secara gopoh dan cuai hingga membahayakan nyawa manusia dan keselamatan orang lain.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 kerana tertuduh telah mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, Mohd Khairi yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan itu dikurangkan.
Majistret Adibah Husna Zainal Abidin menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Pemuda warga India dituduh bunuh peguam
KLANG – Seorang pemuda warga India hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh peguam Datuk R. Anbalagan.
R. Narayanan, 24, dituduh membunuh peguam itu yang juga majikannya dengan menetak mangsa menggunakan parang di Kuil Sri Ramalingeswarari Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini pada 9.30 malam Isnin lepas (13 Jun).
Pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nadia Othman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan Narayanan memberitahu mahkamah beliau faham pertuduhan yang dihadapinya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret menetapkan kes itu disebut semula pada 20 Julai ini. – Bernama

15 kes penipuan guna nama kastam KLIA
SEPANG – Sebanyak 15 kes membabitkan penipuan berjumlah ribuan ringgit menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA dilaporkan dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, jumlah penipuan tertinggi setakat ini berlaku bulan lepas apabila seorang wanita memasukkan RM100,000 ke akaun bank seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai kastam.
"Wanita itu dikatakan dihubungi oleh individu berkenaan untuk memberitahu bahawa rakannya yang sama belajar dengannya kini ditahan dan dia dikehendaki memasukkan wang terlebih dahulu sebelum rakannya boleh dibebaskan.
"Apabila gagal menghubungi rakannya itu beberapa kali, wanita tersebut terus memasukkan wang yang diminta dan kemudian baru menghubungi pihak kastam yang langsung tidak mengetahui perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

4 suspek diberkas: Rompak alat ganti RM1j
TANJUNG MALIM – Polis menahan empat suspek dan menemui semula sebahagian daripada alat ganti kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta yang dirompak dari sebuah kilang vendor di Proton City Tanjung Malim, 180 km dari sini Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, empat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas di Bukit Sentosa, Selangor dan polis masih memburu enam lagi suspek.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, dalam rompakan pada kira-kira 3.45 pagi Isnin, 10 lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengikat tiga pengawal kilang berkenaan sebelum melarikan alat-alat ganti dengan sebuah lori.
Hasil siasatan, polis menjejaki kumpulan itu ke Selangor dan dalam serbuan ke sebuah rumah di Rasa, sebahagian daripada alat-alat ganti yang bernilai lebih kurang RM210,450 telah ditemui, katanya kepada pemberita di sini.
Antara barangan alat ganti kereta yang dijumpai semula ialah ”alternator” berjumlah 474 unit, ”wiper” (185), ”knock sensor” (302), ”distributor” (120) dan ”hand pallet jack” (1). – Bernama

22 PATI Warga Myanmar Ditahan ATM
BUKIT KAYU HITAM – Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan oleh anggota Batalion Kelima Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam dua kejadian berasingan di Felda Bukit Tangga, di sini, pada tengah malam tadi.
Penolong Pegawai Pemerintah pasukan itu, Mejar Zainuddin Hussin berkata, semua warga Myanmar tersebut termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditangkap pada pukul 11.50 malam tadi dan 12.40 pagi ini.
Dalam tangkapan pertama, seramai 14 orang termasuk tiga wanita ditahan diikuti lapan lagi hampir sejam kemudian di kawasan yang sama.
"Bagaimanapun dua tekong darat berjaya melarikan diri dengan kereta,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, anggota pasukan itu yang meronda di kawasan hutan Bukit Tangga terlihat dua kereta jenis Proton Saga dan Perodua Kancil yang mencurigakan kira-kira satu kilometer dari sempadan.
Katanya, kesemua pendatang itu akan diserahkan ke Jabatan Imigresen setelah didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah. – Bernama

Godam: 90% Dilakukan Orang Tempatan
PUTRAJAYA – Sembilan puluh peratus serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lepas, dilakukan orang tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata, polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.
"Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Maximus diminta mengulas insiden menggodam beberapa laman web di negara ini serta mengancam portal rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my. oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ”Anonymous” dan mendakwa berpangkalan di luar negara.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.
"Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber itu sendiri,” katanya yang tidak mahu mengesahkan sama ada Kabinet telah memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah tersebut. – Bernama

Jangan Kait Istilah ”Siam” Dengan Jenayah
SUNGAI PETANI – Masyarakat Siam negara ini membantah penggunaan istilah ”Siam” dalam laporan berita membabitkan kes seorang lelaki mati selepas dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh wanita berasal dari Thailand di Kampung Rusa Machang, Terengganu, semalam.
Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, penggunaan istilah ”Siam” yang ditujukan kepada bomoh berkenaan kurang tepat kerana dia sebenarnya warga Thailand.
"Mengaitkan masyarakat Siam sebagai jenayah tidak wajar,” katanya kepada pemberita hari ini.
Boon Som berkata, istilah Siam dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara merujuk kepada rakyat Malaysia keturunan Siam, manakala bagi warga negara Thailand sewajarnya ditulis warga negara Thai.
Dalam kejadian itu, Faizal Harun, 26, yang dipercayai menghidap tekanan perasaan, meninggal dunia setelah bomoh warga Thailand itu menyuruhnya meminum berbalang-balang air dan kemudian memasukkan hos ke mulutnya.
Wanita berusia 43 tahun itu kemudian dilaporkan melarikan diri. – Bernama

Kes Bunuh: Buruh Warga Indonesia Serah Diri
TAWAU – Seorang buruh warga Indonesia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang pekerja di Ladang Seri Jaya, Imbak, kira-kira 150 kilometer dari sini, Ahad lalu, menyerah diri kepada polis semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Keong Ho Eng berkata, suspek berusia 38 tahun itu, yang juga bekerja di ladang berkenaan, menyerahkan diri kepada seorang mandor sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek, yang baru tiga bulan bekerja di ladang berkenaan, terpaksa menyerah diri kerana tidak tahu jalan keluar dari ladang itu serta terasa terancam dengan keluarga dan rakan mangsa yang ramai.
"Berikutan penyerahan diri suspek, kita anggap kes bunuh ini sudah selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Saturday, June 11, 2011
Jelajah Motosikal Besar Di Langkawi
LANGKAWI — Aktiviti motosikal berkuasa besar akan dijadikan produk baru pelancongan Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong terutama di kalangan penunggang motosikal ke pulau bebas cukai itu.
Pengarah Tourism Malaysia Kedah Roslan Othman berkata dengan pemilik motosikal terdiri daripada mereka yang berkemampuan dari segi sumber kewangan, sudah pasti mereka berbelanja besar di Langkawi dan ini menguntungkan pulau peranginan itu.
"Komitmen semua pihak termasuk jabatan kerajaan dan swasta diperlukan bagi memajukan industri ini bagi menyokong usaha seperti menyediakan kemudahan dan pengangkutan membawa motosikal dari tanah besar ke Langkawi,” katanya di sini hari ini. - Bernama

Thursday, June 9, 2011
Buta akibat disimbah asid - suratpajak.com
SEREMBAN – Seorang wanita Orang Asli buta kedua-dua belah mata dan wajahnya hampir cacat selepas disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali di Mantin dekat sini pada pertengahan Mac lalu.
Lebih malang lagi mangsa, Zuhaina Tengkis, 27, turut menanggung kesakitan apabila sebahagian dadanya melecur teruk akibat disimbah cecair bahaya tersebut.
Zuhaina yang ditemui di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin dekat sini berkata, kejadian itu berlaku ketika dia keluar ke pekan Mantin dengan menunggang motosikal bersama seorang adik saudaranya.
“Kira-kira pukul 9.30 malam ketika kami mahu pulang ke rumah, motosikal yang ditunggangi saya dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
“Sebaik sampai di satu lokasi di Lapang Sasar Mantin, lelaki berkenaan terus memotong motosikal saya dan terus menyapa saya dengan menyebut ‘hai’.
“Apabila saya menoleh, lelaki itu terus menyimbah sejenis cecair yang mengenai muka dan badan saya,” katanya di sini semalam.

Merisik Khabar - Pujukan Pak Nil Selamat Nyawa
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.
Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.
Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)