SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....
Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” JEWEL4CASH bagi tahun 2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” JEWEL4CASH bagi tahun 2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU
999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...
SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-
KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar
SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong
NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai
Follow - Azam Sahar
Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook..
Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)
Thursday, September 5, 2013
Petua Penjagaan Rambut Panjang
1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut bagi meleraikan rambut kusut dan berpintal. Jika anda amalkan begini, ia akan memberi kesan positif pada rambut anda dan mampu mengurangkan pengguguran rambut.
2. Berus Rambut Anda Selalu - Ada juga wanita yang khuatir menyikat rambut selalu kerana percaya ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, ia akan bertambah sihat. Jika anda berambut panjang, anda disarankan menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaik-baiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan rambut anda gugur.
3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.
4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal sedikit, namun ia baik untuk rambut panjang.
5. Pilih Syampu Yang Terbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.
6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut anda dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment