PUTRAJAYA – Malaysia berjaya merintis jalan kepada perjanjian konsensus antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Islam, Barisan Revolusi Nasional (BRN), untuk mengadakan dialog bagi proses damai di wilayah selatan negara jiran itu semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya berasa bangga apabila kedua-dua pihak bersetuju mempelawa Malaysia menjadi fasilitator untuk menggerakkan dialog itu.
“Malaysia akan melantik seorang pegawai kanan kerajaan yang sesuai untuk bertindak sebagai fasilitator.
“Kita berharap dan berdoa supaya siri dialog yang akan bermula dalam masa dua minggu di Kuala Lumpur akan membuahkan hasil yang diharapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.
Terdahulu, perjanjian berkenaan telah ditandatangani antara Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr dan wakil BRN, Hassan Taib di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:
Post a Comment