SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Thursday, August 4, 2011

Tiada slot automatik buat 7 pemain

SEBAIK tiba di Slovakia kelma- rin, tujuh pemain kebangsaan terus diberi 'amaran' oleh juru- latih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bahawa tiada jaminan tempat automatik buat mereka dalam pasukan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.




Ini kerana, tanpa kehadiran mereka pun, barisan 23 pelatih sedia ada yang berada di Slova- kia sejak 23 Julai lalu telah mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat kemenangan bersih pada tiga aksi persahaba- tan setakat ini.


Justeru Kim Swee berharap agar Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani tidak bersikap ambil mudah sepanjang tempoh baki tiga minggu skuad itu berlatih di Slovakia.


"Semua pemain akan diberi layanan yang sama. Tidak kira sama ada mereka pemain kebangsaan mahupun pemain sedia ada di sini.


"Sesiapa yang menunjukkan prestasi serta disiplin yang tinggi akan dikekalkan untuk saingan Kelayakan Olimpik 2012 selepas ini.


"Tiada layanan istimewa. Semua pemain akan diberi peluang yang sama rata sepanjang baki aksi persahabatan di sini," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.


Skuad Olimpik negara mempamerkan keputusan cemerlang setakat ini apabila menang ketiga-tiga perlawanan sulung mereka dengan menewaskan Bod- va Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan terbaharu, Liptov- sky Mikulas 2-1.


"Saya mahu pastikan tujuh pemain kebangsaan ini bekerja keras sepanjang latihan setelah pemain sedia ada ini membukti- kan mereka mampu menang tiga perlawanan berturut-turut," jelas Kim Swee.


Perlawanan seterusnya buat skuad Olimpik negara ialah bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan diikuti aksi menentang kelab Liga 1 Slovakia, Dolny Kubin (16 Ogos), Nitra (23 Ogos) dan Levice (26 Ogos).


Selepas kembali ke tanah air pada 28 Ogos untuk menyambut Aidilfitri, skuad Olimpik negara perlu bersiap untuk aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di tempat lawan pada 21 September.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikhabarkan sedang merancang untuk mengadakan kem latihan dan aksi persahaba- tan di China seminggu sebelum mereka ke Jepun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...