SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Thursday, August 4, 2011

Penyatuan Nasi Lemak 2.0

METAFORA nasi lemak sebagai makanan lazim setiap kaum di Malaysia diangkat menjadi judul filem sulung pengarah dan pelakon yang pernah dilanda kontroversi beberapa tahun lalu, Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee.




Biarpun mencipta nama menerusi publisiti negatif atau kontroversi melalui lagu Negarakuku pada tahun 2007, Namewee yang pernah mendapat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Ming Chuan di Taoyuan, Taiwan, tidak berputus asa untuk membuktikan kecintaannya kepada tanah air melalui jendela perspektifnya.


Maka, terhasil kombinasi makanan terkenal turun temurun iaitu nasi lemak dengan perlambangan generasi pascapemodenan yang disimbolikkan dengan 2.0 menjadi sebuah naskhah filem perpaduan Nasi Lemak 2.0.


“Projek ini sebenarnya sudah memulakan pembikinan pada dua tahun lepas, namun setelah isu kontroversi tersebut yang berlaku ia dibekukan setelah semua penaja menarik diri.


“Sehingga pada awal tahun ini setelah pengumuman rasmi bahawa saya tidak bersalah dibuat di parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, projek ini dibangunkan semula dan tempoh penggambaran cuma memakan masa selama sebulan,” katanya mengulas filem yang dibikin dengan kos keseluruhan kurang daripada RM1 juta itu.


Nasi Lemak 2.0 merupakan produksi gabungan antara syarikat hiburan media Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment.


Penerbit Eksekutif Nasi Lemak 2.0, Fred Chong, menegaskan filem itu tidak sesekali menumpang kontroversi Namewee untuk diangkat sebagai sebuah naskhah muhibbah sempena sambutan Hari Malaysia pada bulan September ini.


“Kontroversi ada sangkut-paut tapi filem ini tidak sesekali menjadikan perkara yang berlaku pada masa lalu sebagai platform malah Namewee juga tidak pernah terlibat dengan politik untuk mengaitkannya dengan isu Bersih 2.0.


“Judul itu juga dipilih dua tahun lalu sejak proses pembikinan dimulakan dan sememangnya tiada sebarang perkaitan dengan sebarang konflik yang berlaku baru-baru ini,” jelasnya menafikan dakwaan hubung kait Nasi Lemak 2.0 dengan perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.


Nasi Lemak 2.0 menjalankan penggambaran di beberapa lokasi sekitar Tampin, Tanjung Sepat, Janda Baik, Bentong, Nilai dan Kuala Lumpur.


Selain Namewee yang menggalas peranan utama dalam filem komedi sosial itu, barisan pelakon mantap digandingkan bersama antaranya Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Datuk David Arumugam, Reshmonu, Dennis Lau, Pete Teo dan Nadine Ann Thomas.


Reshmonu yang pertama kali berlakon filem teruja untuk melihat hasil yang dibikin menjelang tayangan perdana bulan September nanti.


“Skrip filem ini sangat berlainan dan itu yang mengikat saya untuk sedia melakonkan dua watak berbeza walaupun ini pengalaman pertama saya,” kata penyanyi berusia 35 tahun itu.


Nasi Lemak 2.0 yang berkonsep seakan-akan muzikal 1Malaysia ditulis, diarah dan dilakonkan sendiri oleh Namewee dan mempunyai pelbagai dialek dan bahasa antaranya Tio Ciu, Hokkien, Hakka, Hainan, Mandarin, bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun dan Tamil dalam filem itu.


Nasi Lemak 2.0 mengisahkan kegusaran Chef Huang (Namewee) untuk menyajikan hidangan tempatan yang luar biasa kepada pelanggan di restorannya sehingga terpaksa meminta pertolongan daripada penjaja gerai bernama Kak Noor (Adibah Noor) yang kemudian mengarahkannya mengembara ke tiga tempat berbeza untuk mempelajari resipi dan asal-usul nasi lemak.


Nasi Lemak 2.0 akan ditayangkan pada 8 September ini di 60 buah pawagam seluruh negara. Maklumat lanjut melalui laman sesawang www.nasilemak2.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...