SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Friday, August 5, 2011

Naskhah syahdu Gelanggang Tok Wali

PEMENTASAN yang mengangkat kisah hidup sebenar seorang pejuang seni silat, Tok Wali atau nama sebenarnya Wan Raja Wailudin Raja Bin Raja Agus Salam menutup tirai di Lambang Sari Istana Budaya pada hari Sabtu, 30 Julai lalu.




Penuh emosi, tragis, tangis dan sedu, konklusi teater Gelanggang Tok Wali yang berdurasi sejam setengah itu cukup mengesan jiwa. Apatah lagi penutupnya juga membuatkan penonton tertunggu-tunggu akan adakah lagi kesinambungan daripada episod sulung arahan Joosaidy Johari itu?


Apa pun, ujar pengarah berbakat merangkap guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur itu, usaha akan cuba digembleng dan tidak mustahil ia akan diteruskan dengan format yang berbeza.


“Setakat ini kita mendapat maklum balas positif daripada penonton yang hadir sepanjang pementasan selama tiga hari (28 hingga 31 Julai lalu) dan insya-Allah akan cuba diolah dengan teknik yang berbeza, mungkin juga akan disuntik sedikit elemen muzikal ke dalamnya,” katanya yang berpuas hati dengan kualiti dan hasil yang diberikan menerusi pementasan pertama di pentas paling prestij tanah air itu.


Menggalas peranan utama yakni Tok Wali, Mazlan Tahir tampil bersama barisan pelakon veteran seperti Umi Kalsum dan Zakaria Yusof masing-masing sebagai Mak Umi (isteri Tok Wali) dan Pak Siak.


Pelengkap tenaga lakonan teater ini terdiri daripada bakat-bakat baharu termasuk Eiz Omea (watak Mariam), Alex Yanz (Imam), Zakaria Yusof (Siak), Aeril Zafrel (Sudin) dan ramai lagi.


Membuka panggung dengan persembahan tarian overture bunga-bunga silat hasil koreografi Nizam Elias, lembaran kisah hidup Tok Wali, pengkhianatan, dendam dan iri hati diselak satu persatu.


Saat ditunggu-tunggu apabila kemunculan Syafie Naswip yang mendukung watak Piee iaitu cucu tiri Tok Wali, seisi panggung hampir berteriak.





Sesungguhnya pesona remaja berusia 19 tahun itu tidak kurang bisanya sejak menghangatkan layar perak sekitar tahun 2007 menerusi lakonannya dalam Mukhsin dan Talentime (2009).


Ternyata, lakonannya tidak kaku, penuh dinamik dan jitu mengukir watak sebagai penagih dadah yang sering mencuri barangan berharga milik datuknya, Tok Wali.


Walau hanya kali kedua berada di pentas lakon teater selepas Muzikal P. Ramlee, tuturnya, watak Piee lebih mencabar dan perlu keseriusan.


“Kurang dua minggu saya berlatih bersama pelakon lain berikutan kesibukan saya belajar, tapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” ujarnya yang mengakui pada mulanya dilarang ibunya membabitkan diri dengan teater itu kerana bimbang ia mengganggu pelajarannya yang kini belajar di tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.


Berbalik kepada Gelanggang Tok Wali, perjalanan babak diiringi pemuzik gamelan satu persatu lancar, cuma permulaannya sedikit kaku dan adakala menjemukan penonton.


Namun apa yang nyata, bahang semangat tidak putus-putus disemarakkan menjelang pertengahan plot hingga penutup teater ini.


Tambah menarik apabila diselitkan dengan persembahan tarian silat kreatif tiga perempat pementasan.


Sekurang-kurangnya dengan adanya pementasan seumpama Gelanggang Tok Wali yang mengangkat karya Komponen Sastera Dalam Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) dapat memberi kefahaman lebih jelas kepada penuntut yang mengkaji teks sastera itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...