SETELAH 16 musim ke udara, rancangan dokumentari berbentuk ilmiah yang sememangnya sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan, Jejak Rasul kini memasuki musim yang ke-17.
Menariknya, setelah memaparkan pelbagai kisah para nabi dan rasul serta sahabat pada musim-musim sebelumnya, Jejak Rasul 17 membawa penonton untuk mengenali sejarah penyebaran Islam di Eropah Timur.
Salah seorang penerbitnya, Mat Nasir Yusof berkata penonton rancangan berkenaan akan dapat menyelami tentang budaya, resam hidup dan sejarah lampau penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus di negara Rusia, Ukraine, Dagestan dan Chechnya.
"Kami telah memilih negara-negara tersebut kerana berdasarkan kajian yang telah dibuat, kami mendapati Islam sudah mula tersebar di negara-negara Eropah Timur sejak tahun 642 menerusi sebuah tempat dinamakan Derbent yang terletak di Dagestan.
"Pada mulanya kami sekadar ingin membuat penjelajahan di Derbent sahaja, namun bila difikirkan semula, adalah lebih menarik lagi sekiranya kami menjelajah di seluruh Eropah Timur," ujarnya.
Menurut Mat Nasir, krew produksi Jejak Rasul 17 yang menjalani sesi penggambaran sejak bulan Mac hingga pertengahan April 2011 telah dibahagikan kepada tiga buah kumpulan.
Ujarnya, kumpulan pertama telah diketuai oleh Mazlin Nordin selaku penerbit merangkap pengarah menjalani penggambaran di Moscow dan Ukraine, manakala kumpulan kedua dikendalikan oleh Wan Farid Wan Mohamed selaku penerbit dan wartawan di bandar St. Peterburg dan Tatarstan.
"Saya pula diletakkan di dalam kumpulan ketiga selaku penerbit dan wartawan bersama-sama dengan pengarah, Mohd. Fadly Khamis dan jurukamera Mohd. Ali Othman menjalani penggambaran di Dagestan dan Chechnya," ujarnya.
Ditanya mengenai pengalaman sepanjang menjalani penggambaran di kedua-dua buah tempat tersebut, Mat Nasir mengakui kru produksinya turut berhadapan dengan beberapa cabaran yang besar.
Antaranya, mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan visa memandangkan negara berkenaan masih lagi kawasan yang bergolak kerana peperangan dan visa hanya diberikan pada saat-saat akhir.
Jelasnya, meskipun Dagestan dan Chechnya adalah negara republik, tetapi keselamatan di kedua-dua negara tersebut masih di bawah kawalan pihak Rusia dan kebanyakan kawasan dikawal oleh tentera Rusia.
"Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah cuaca sejuk dan bahasa, namun kami merasakan penggambaran di negara tersebut perlu dilakukan kerana di Derbent misalnya menjadi pintu masuk kepada perkembangan agama Islam di Eropah Timur.
"Malah, kami juga terpaksa mengharungi jalan-jalan yang sukar dan bahaya untuk dilalui kerana ia adalah jalan yang telah digunakan oleh pendakwah Islam suatu masa dahulu," jelasnya.
Sudah disiarkan sejak 1 Ogos lalu pada pukul 6.30 petang, Jejak Rasul 17 yang ke udara sebanyak 30 episod turut mencipta kelainan dengan konsep penerbitan yang baharu iaitu format definisi tinggi (HD).
Rancangan menarik Ramadan
Sepanjang bulan Ogos ini, dua buah stesen di bawah Media Prima Berhad (MPB) iaitu TV3 dan TV9 tidak ketinggalan menyiarkan rancangan menarik sempena meraikan kehadiran bulan Ramadan.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen MPB, Ahmad Izham Omar berkata, pada tahun ini TV3 memilih Sesuci Fitrah, manakala TV9 pula Ramadan Di Hatiku sebagai tema untuk Ramadan tahun ini.
"Kandungan rancangan yang akan disiarkan di kedua-dua saluran berkenaan adalah merangkumi pelbagai rancangan yang berbentuk ilmiah, teladan dan keinsafan menerusi dokumentari, drama dan telefilem.
"Di samping itu, rancangan yang berbentuk masakan juga tidak ketinggalan untuk disiarkan memandangkan rancangan tersebut turut mendapat permintaan yang tinggi daripada penonton," ujarnya.
Selain Jejak Rasul 17, TV3 turut menyiarkan rancangan dokumentari yang cukup menarik iaitu Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara.
Ia adalah sebuah rancangan yang memaparkan tentang keindahan seni bina masjid-masjid di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.
Untuk telefilem pula, TV3 menerusi slot Cerekarama menyiarkan tiga buah telefilem menarik iaitu Sehelai Rambut Dibelah Tujuh (6 Ogos), Perempuan Di Hujung Ramadan (13 Ogos) dan Mengurai Rindu (20 Ogos).
Sementara itu, TV 9 menerusi slot Skrin Di 9 turut menyiarkan telefilem menarik seperti Jiman (3 Ogos) dan Sekilas Qalbu (10 Ogos), Isnin Selasa Rabu (17 Ogos) dan Lailatulqadar (24 Ogos).
Tidak ketinggalan rancangan berbentuk masakan turut disiarkan seperti Periuk Hangus, Biskut Apa? dan 5 Rancah 5 Rasa Edisi Ramadan yang disiarkan di TV3, manakala TV9 pula menampilkan Mencari Resipi Temurun dan Jom Berbuka.
SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....
Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” JEWEL4CASH bagi tahun 2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” JEWEL4CASH bagi tahun 2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU
999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...
SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-
KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar
SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong
NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai
Follow - Azam Sahar
Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook..
Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)
Friday, August 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment