SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Tuesday, April 9, 2013

Zamani terkilan persembahan Minggu Setiausaha hari ini dibatal


KUALA LUMPUR 9 April - Penyanyi Zamani Slam terkilan kerana persembahan ulung Minggu Setiausaha yang dinanti-nantikan selama ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
                                                                        


Dia yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu tidak sabar untuk menghiburkan para setiausaha di Kelab Darul Ehsan (KDE), Ampang di sini hari ini.

Difahamkan penganjur telah memaklumkan pembatalan persembahan tersebut kepadanya sejak seminggu lalu.

"Sebenarnya saya memang tidak sabar untuk mengadakan persembahan kerana ia adalah yang pertama kali.

"Apabila berlaku begini, saya memang sedih dan berharap sangat penganjur dapat meneruskan apa yang telah dirancangkan selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain Zamani, persembahan tersebut juga akan diserikan dengan penampilan Fida Ibrahim dan Man Raja Lawak.

Sementara itu, penganjur menafi bahawa persembahan tersebut terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan daripada orang ramai tetapi disebabkan masalah teknikal.

Sebaliknya, Pengarah Triple Network Solution (M) Sdn. Bhd., Nur Sheila Hussin berkata, jualan meja untuk persembahan tersebut amat memberangsangkan.

"Jualan meja majlis itu tidak menghampakan. Daripada kira-kira 30 meja yang disediakan, lebih 23 buah meja sudah habis terjual.

"Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat tetapi akibat masalah teknikal itu, kami terpaksa berbincang semula tarikh persembahan dalam waktu terdekat ini," katanya.

Isteri Razlan Kristal ini memberitahu, jualan tiket juga diberhentikan buat sementara dan sesiapa yang sudah membeli tiket wang mereka akan dikembalikan bulan ini.

Walaupun dibatalkan, Sheila berkata, artis yang terlibat juga memahami masalah yang mereka hadapi itu dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada peminat yang tidak berpuas hati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...