SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Thursday, April 18, 2013

Wanita potong kemaluan suami dibicara


LOS ANGELES : Seorang lelaki yang diserang isterinya sendiri dengan memotong kemaluannya mendakwa wanita terbabit seperti membunuhnya dengan memotong organ terbabit dan membuangnya dalam mesin pemusnah tong sampah. 

Lelaki berusia 60 tahun itu berkata beliau tidak lagi menjalinkan hubungan seks selepas isterinya memotong kemaluan beliau dengan pisau dapur. 
Catherine Kieu Becker, 50, dibicarakan di Los Angeles atas dakwaan mendera, melakukan penderaan tubuh dengan sebilah pisau dan melakukan keganasan teruk dengan menyerang suaminya sendiri di rumah mereka di Garden Grove, tenggara Los Angeles. 

Beliau mendakwa suaminya itu sebagai ‘hyper-seksual’ dan terlalu kera[pbersama teman wanitanya. 

Pasangan itu berkahwin kurang setahun pada 2010 apabila mangsa meminta isterinya menceraikan beliau walaupun mereka terus tinggal bersama kerana masalah kewangan. 

Mangsa berkata Kieu memasak tauhu dan ayam, di mana peguamnya berkata ia dimasukkan dengan ubat tidur Zolpidem pada malam kejadian, manakala isterinya itu hanya memakan salad. Selepas itu mangsa mengantuk menyebabkan beliau tidur awal. 

Beliau hanya menyedari tangannya diikat dan dirinya turut diikat pada katil dengan isterinya itu berdiri di atas katil. 
Mengingati kejadian itu, mangsa berkata Kieu menarik seluarnya. Beliau kemudian hanya melihat sesuatu berkilau, berwarna perak dan berkilau. Sungguhpun begitu beliau masih tidak menyedari apa sebenarnya yang berlaku. 

“Saya hanya merasakan beliau meraba kemaluan. Saya amat terkejut. Tiba-tiba merasakan kesakitan dan beliau sudah memotong kemaluan saya sebelum membalingnya pada permaidani bersebelahan katil.” 

Pada mulanya saya amat merasa sakit. 

“Tetapi kesakitan itu hilang kerana terkejut dan ia semakin reda,” katanya apabila mengingati bagaimana isterinya mengambil kemaluannya itu dan meninggalkan bilik. 

“Seterusnya saya hanya mendengar mesin pemusnah sampah. Saya tidak tahu berapa lama tetapi ia amat lama,” katanya. 

Kejadian itu menyebabkan beliau terpaksa berada di hospital selama beberapa hari dan menjalani pembedahan tetapi bukan untuk rekonstruktif. 

“Pastinya saya tidak akan mempunyai kehidupan seks semula. Proses pemulihan tidak pernah berakhir. Keadaan mental saya semakin baik tetapi ia tidak sama seperti sebelumnya.” – AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...