SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Saturday, May 5, 2012

Berpecah kerana tinggalkan ajaran Islam


KOTA BHARU - Islam bukan sahaja menyatukan orang Melayu malam turut berfungsi menyatukan bangsa lain kerana al-Quran yang diturunkan ALLAH SWT sesuai untuk seluruh manusia.


Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat berkata, perpecahan berlaku kerana manusia meninggalkan ajaran agama serta memberi keutamaan kepada perkara yang kurang penting.

“Perkembangan ilmu sangat pesat tetapi perkara bukan utama diberi keutamaan, lebih memberi tumpuan kepada fardu kifayah berbanding fardu ain sehingga pelajaran agama di sekolah tidak lagi syarat lulus peperiksaan.

“Semua ini menjadikan umat Islam lemah dan tidak mengetahui kaedah untuk bersatu sedangkan mereka mempunyai hala tuju yang jelas mengikut al-Quran dan hadis,” katanya pada Wacana D’Raja bersempena Karnival Walk With Me di sini, semalam.

Johari berkata, halangan besar untuk masyarakat bersatu ialah apabila meletakkan kepentingan diri di hadapan berbanding kepentingan Islam.

Katanya, tidak ramai yang mampu mengasihi ALLAH SWT dan rasul melebihi diri sendiri.

“Kita mesti mengakui alam ini milik ALLAH SWT, ini asas yang sangat penting kerana peraturan diturunkan ALLAH SWT sesuai untuk seluruh alam ini. Tidak ada sebab untuk tidak bersatu ketika kita semua menuju ke destinasi iaitu alam akhirat.

“Saya rasa orang Melayu beragama Islam lebih mudah untuk bersatu, jika benar-benar memahami Islam. Jika tidak, kita hilang kekuatan. Masalah utama ialah umat Islam tidak tahu tentang Islam itu sendiri” katanya.

Dr Johari berkata, gejala sosial berleluasa kerana penguatkuasaan lemah yang akhirnya menjadikan umat Islam terus lemah sekali gus memberi cabaran kepada usaha menyatukan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...