KUALA LUMPUR - Pusat membeli-belah baru, KL Festival City menyasarkan peningkatan perolehan sehingga RM300 juta bagi tahun pertama operasi sejak pembukaan tidak rasmi awal tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan kepada Kumpulan Peruncitan Parkson, Datul Alfred Cheng berkata, sasaran itu disokong dengan penglibatan 240 kedai bersama penyewa utama seperti Parkson Department Store, Pasar Raya Econsave dan Panggung Wayang MBO yang mampu menarik lebih 400,000 pelanggan dalam satu-satu masa.
Menurutnya, terletak di persimpangan Jalan Genting Kelang dan Jalan Taman Ibu Kota, pusat membeli-belah tiga tingkat dengan keluasan 1.1 juta kaki persegi itu secara tidak langsung mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dan membawa konsep bandar.
“Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan pengunjung menikmati pengalaman menarik ketika membeli-belah. Kami melabur RM250 juta untuk pembinaan KL Festival City yang dijangka mampu menampung kapasiti pengunjung 600,000 orang.

No comments:
Post a Comment