SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Saturday, August 13, 2011

Kekang rentak samba Brazil


SHENZHEN – Skuad bola sepak negara masih mengintai peluang untuk mara ke peringkat suku akhir pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.




Begitupun, skuad bimbingan Aminuddin Hussin ini perlu mengekang rentak samba Brazil pada aksi kedua Kumpulan B di Pusat Sukan Shernzhen Bao’an Xixiang yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam.


Ketika ini, peluang skuad negara untuk melangkah ke pusingan sete- rusnya masih terbuka meskipun tewas 1-2 kepada Ukraine pada aksi pembukaan di Stadium Shenzhen, Khamis lalu.


Kekalahan itu tidak ‘menutup laluan’ skuad negara kerana Brazil dan Rusia sekadar seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Pusat Sukan Shenzhen University City.


“Saya sempat meninjau perlawanan antara Brazil dan Rusia pada Khamis lalu. Daripada pemerhatian saya, beberapa pemain Brazil memiliki kemahiran individu yang tinggi,” kata Aminuddin semalam.


“Saya rasa kita perlu menggunakan strategi tertentu untuk mengekang perge- rakan para pemain Brazil, sekali gus menghalang mereka daripada memenangi perlawanan itu nanti.”


Aminuddin berkata, para pemain tidak boleh terikut-ikut dengan corak permainan Brazil dan sekiranya mereka mengi- kut semua nasihat yang diberikan, beliau yakin Malaysia mampu mencipta kejutan.


“Saya lihat, kelemahan Brazil adalah di posisi pertahanan. Sekiranya kita boleh menggunakan kelemahan itu, kita mungkin boleh bersaing dengan pasukan gergasi dari Amerika Selatan itu.


“Saya harap pemain akan bermain dengan lebih tersusun dan jika berpeluang, mereka perlu melakukan serangan balas yang pantas.”


Menurut Aminuddin, beliau tidak akan melakukan rombakan secara besar-besaran ke atas skuad yang tewas kepada Ukraine lalu dan hanya membuat beberapa pertukaran pemain terutamanya di posisi pertahanan.


Pada masa yang sama, Aminuddin turut memberitahu, dia mungkin tidak akan meletakkan Mohd. Bunyamin Umar dalam senarai kesebelasan utama kerana pemain skuad Liga Super Selangor itu masih belum cergas sepenuhnya.


“Ketika ini, moral para pemain negara berada pada tahap yang tinggi selepas beraksi dengan baik pada pertemuan menentang Ukraine lalu. Saya percaya, kita mampu melakukan sesuatu dalam perla- wanan ini nanti.”


Selepas Brazil, skuad negara akan melengkapkan perlawanan ketiga dalam Kumpulan B bertemu Rusia di Stadium Sekolah Sukan Shenzhen (pukul 4.30 petang) pada 16 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...