SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Thursday, July 21, 2011

Indo Pek ganti saluran Aruna

SEBELUM ini saluran televisyen berbayar Astro telah menyediakan saluran yang dikenali Astro Aruna secara percuma khusus buat para pelanggan yang meminati rancangan sinetron dari Indonesia.




Bagaimanapun, ia telah dihentikan secara tiba-tiba atas sebab tertentu sehingga mengecewakan sebilangan para pelanggan Astro yang sudah sebati dengan saluran berkenaan.


Kini, Astro dengan kerjasama Broadway Media Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pakej yang dikenali sebagai Indo Pek dengan dua saluran iaitu Bintang (saluran Astro 141) dan Pelangi (saluran Astro 142).


Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pakej Indo Pek yang baharu diperkenalkan itu agak berbeza dengan saluran Aruna yang pernah disediakan kepada pelanggan Astro dahulu.


“Kalau di saluran Aruna, kandungan yang disediakan hanyalah rancangan sinetron sahaja. Namun, untuk pakej yang kami sediakan ini kandungan rancangan hiburannya adalah lebih meluas meliputi drama, filem dan muzik.


“Untuk saluran Bintang, selain sinetron terdapat pelbagai lagi rancangan yang berbentuk hiburan disediakan, manakala saluran Pelangi pula akan menyiarkan pelbagai filem Indonesia yang menarik dari tahun 1970-an sehingga sekarang,” ujarnya.


Menurut Khairul lagi dalam satu majlis pelancaran pakej berkenaan baru-baru ini, para pelanggan Astro hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM12 sebulan untuk melanggan pakej berkenaan.


Namun begitu, pihak Astro menyediakan perkhidmatan kedua-dua saluran berkenaan secara percuma selama sebulan sebagai langkah promosi dan saluran berkenaan telah mula beroperasi sejak 16 Julai yang lalu.


"Memandangkan kini sudah ada saluran khas untuk rancangan dari Indonesia, maka rancangan seperti sinetron yang disiarkan di saluran lain seperti Astro Ria dan Astro Prima akan dikurangkan," jelasnya.




PENYANYI Indonesia menghiburkan tetamu yang hadir.


Dalam majlis yang sama, beberapa pelakon terkenal dari Indonesia turut hadir seperti Acha Septriasa, Lenny Marlina serta hos yang cukup popular menerusi program bual bicara Just Alvin iaitu Alvin Adam.


Ditanya mengenai lambakan rancangan dari Indonesia dengan kemunculan kedua-dua saluran tersebut yang mungkin menyebabkan sesetengah pihak menjadi kurang senang, Khairul menjelaskan perkara ini sebenarnya bukanlah satu isu yang besar.


Ujarnya, untuk pelanggan Astro bagi kaum Cina dan India, pihaknya juga turut menyediakan saluran-saluran khusus yang mana isi kandungan rancangannya turut diambil dari luar negara seperti di Hong Kong dan India.


“Lagipun Indo Pek diletakkan di bawah pakej yang perlu dibayar dan terpulang kepada pelanggan sama ada mahu melanggan atau tidak. Malah, saya merasakan bayaran sebanyak RM 12 sebulan tidaklah terlalu membebankan,” jelasnya.


Sementara itu, Pengerusi Broadway Media Sdn. Bhd., Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, melalui kerjasama yang terjalin pihaknya akan bertindak sebagai pembekal kandungan, manakala Astro badan penyiar serta promosi dan pemasaran.


Ujarnya, salah satu tujuan pakej Indo Pek ini disediakan adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan yang meminati sajian program dari Indonesia dan ingin menikmati lebih banyak lagi rancangan daripada apa yang telah disediakan.


“Sekarang ini ramai yang begitu meminati rancangan sinetron dan kebanyakan saluran televisyen menayangkannya, namun sebenarnya terdapat banyak lagi rancangan hiburan menarik yang dapat memenuhi citarasa penonton di negara ini.


“Saya yakin pakej ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan Astro kerana rancangan yang akan disediakan di kedua-dua saluran ini dapat memenuhi kehendak seluruh golongan penonton,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...