SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung JEWEL4CASH,
saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan JEWEL4CASH bagi tahun
2017...
SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..
KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

999.9 - 950 - 916 - 90% - 835 - PAUN - 750 - 585 / MC - SUASA DAN EMAS PUTIH...

SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
EN. AZAM H/P 016-275 2000
ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

KUALA LUMPUR :Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

SELANGOR :
Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

NEGERI SEMBILAN :
Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

Follow - Azam Sahar

Terima Kasih Kepada Yang Sudah Follow Saya Di Facebook.. Kepada Yang Masih Belum Follow Saya Jom..Follow.. :)

Monday, July 25, 2011

Broker peguam mati dibelasah

IPOH – Seorang bekas polis mati apabila dia dipukul sekumpulan enam lelaki bersenjatakan besi dan batu-bata dalam kejadian di sebuah restoran berhampiran Pasar Pengkalan di sini kelmarin. S. Sunther, 50, yang kini merupakan broker peguam di tiga buah mahkamah iaitu Mahkamah Sesyen, Majistret dan Tinggi Ipoh disahkan mati pada pukul 8.10 malam selepas 20 jam dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Difahamkan, lelaki itu dibelasah ketika sedang membeli rokok pada pukul 12 tengah malam Ahad lalu. Anak sulung mangsa, S. Yoges, 21, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan rakannya dan sebaik tiba, dia mendapati bapanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. “Saya dimaklumkan oleh beberapa saksi, orang yang memukul bapa tinggal dekat dengan rumah di Taman Desa Pinji di sini namun saya tidak tahu motif kejadian.
“Kejadian itu ibarat luka lama berdarah kembali kerana ibu saya, K. Sumapahy sebelum ini mati dibunuh seorang lelaki tidak siuman ketika suspek memecah masuk rumah kami lebih 10 tahun lalu,” ceritanya kepada Kosmo! semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 18 dan 30 tahun yang disyaki terlibat dengan kejadian itu di sekitar Taman Lapangan di sini awal pagi semalam. Suspek direman tujuh hari bermula semalam dan polis sedang memburu baki tiga atau empat lagi lelaki yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...